2014

lamenyeeerrr tak masuk belooog nieee.... kesian tul laa dtinggal-tinggalkan..

Mak oii gigi diaa...!

Dah lama benor tak update blog.. Memang takdak masa betol sejak ada anak kecik ni.. Kali ni saja je nak berkongsi video yang ntah ape2 ni.. Dicipta oleh somiku sendiri.. Kononnye nak menjemputlah utk majlis Aqiqah anak aku pada minggu depan.. Biarlah ianya sebagai kenangan untukku dan suamiku (kemungkinan untuk anakku juga pabila dia dah masok zaman kanak2 nanti). Mesti anak aku pi karate balek kat baba dia.. Muahahahaahah...!!!!!


Bile Meragam Dah Mai..

Salam dan selamat pagi Malaysia...!! Mata aku still ngantuk, tapi tetap nak online jugak.. Saje je lepas gian.. Malam tadi terpaksa tido lambat sebab anok skarang ni dah mule dah mai perangai meragam dia sebelum dia tido. Pass kat baba, asyik jerit2 ja dia.. Kesian baba, beby takmau baba dia dukung.. Nak mama dia jugaak....! Tapi apekan daye, terpakse la dukung2 dia sampai dia tidoQ. Mata aku takleh cakap lah..Memang ngantuk gila.. Macam nak tumbang pon ada huhu.. Kejap tengok jam pukul 2 pagi, kejap tengok 3 pagi..

Tapi mujurlah dia tak selalu macam ni.. Pagi ni dia tido dengan nyenyaknye, ntah pukul brape la anok dara tu nak bangun.. Semalam dia terjaga around pukul 12pm.. Ambik haang..! Sekali tengah haghi baru dia bangun.. Aduhaaai, anok dara apaa neeh.. kekeke..! Ha oklah, mata aku pon mula laa nak kuyu.. Tido2 laa kejap.. zzzzz...!!!

Pening kapla tengok mata dia

Kalo aku tengok kereta ni kat mana2, mesti aku pening.. Dah la gaban.. ada mata 4 plak tu.. memang terus aku pitam.. Tapi tak pengsan la.. kekeke..!

Jangan buat dono :p

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. p/s: part ni aku berkenan sgt.. ngeh2..!

Sumber: IluvIslam.Com

Sejuk hati bila dia senyum..

Walaupun tengah susah hati atau bad mood, bila my gegerl senyum2 je, automatik tersejuk hati den ni. Tambah lagi kalau geletek2 kat badan dia lagik la dia kuat mengekek.. Alalala.. anak mama ni kuat sengih hang yer.. Membesar sikit demi sikit depan mata. Dia mula nak memusing kiri kanan dah. Tak lama lagi nak meniarap la tu.. Go beby go..! ehehe..!


Alamek.. blur laa plak time dia kuat mengekek tuu.. kuikuikui..!

Minggu terakhir

Bercampur aduk perasaan ini bila dah nak berakhirnye aku bersama kuarge tersayang (sejak aku lahirkan anak aku dan berpantang selama 2 bulan lebih gitu) di rumah mak sendiri. Dan minggu depan aku akan follow suami pulang ke rumah kami. Gembire bile dapat bersama suami semula, tapi sedih pulak nak tinggalkan my hometown bersama mama abah aku, adik-bradik aku, dan anak2 buah aku yg dah banyak tolong aku sedikit sebanyak jaga anak aku ni. 

Coming soon, keluarga belah suami aku plak akan sambut cucu sulung depa ni. Huhu sian plak depa lama tertunggu-tunggu dan selalu tanya bile aku nak balek umah mentua aku. Sabar..sabaar.. hari2 yg ditunggu akan tiba.. InsyaAllah, moga rancangan aku dan suami serta kuarganya berjalan lancar.. Amiinn..

Dan selepas tu bermula lah rutin harian aku yg bergelar suri rumah ni yg dah lama sangat aku tak jalankan. Cuma tanggungjawab aku dah mula berat la skit sejak dah ade anak ni. Takleh relek2 macam dulu sebelum ade anak.. Kesian somi, selalu ngadu lapar je sejak dia jadi status bujang selama 3 bulan ni. Sabor yer somiku.. Nanti den masak2, suap2kan sayang yer... hihihi..!

Moga kehadiran anak ini akan menambahkan lagi seri rumah baru kami.. Syukur padaMu Ya Allah..